Rumah Tamu Seri Desa Marang (Homestay)

Rumah Tamu Seri Desa Marang (Homestay) adalah rumah tamu, rumah penginapan, rumah persinggahan, homestay atau chalet yang menyediakan penginapan yang selesa dan murah untuk disewa. Ia terletak di Kg. Darat Pak Chan, Seberang Marang, Marang, Terengganu. Terletak dilokasi strategik untuk memenuhi keperluan penginapan anda dan keluarga. 

Sebuah rumah banglo berkembar-semi-D (1 bangunan, 2 pintu) yang selesa dan sesuai untuk rombongan yang ramai sehingga boleh memuatkan kapisiti 7-10 orang (1 pintu ). Jika anda perlukan lebih, boleh tempah rumah bersebelahannya dengan HARGA YANG LEBIH MURAH. Harga boleh dirunding dan diskaun diberi jika menginap lebih daripada 1 malam.
Sewa harian:

Rumah 1 : RM190.00
Rumah 2 : RM190.00
Sekiranya penginapan lebih daripada 1 malam, diskaun akan diberikan. Rumah penginapan yang selesa dan damai untuk anda bercuti bersama keluarga, rombongan pengantin, majlis konvokesyen, penginapan untuk berubat tradisional Ustaz Husin, ke kuliah agama ustaz-ustaz serta pendakwah bebas terkenal di Terengganu seperti Ustaz Azhar Idrus, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang (Masjid Rusila) dan lain-lain ataupun anda ingin bermalam semasa dalam perjalanan ke Pantai Timur atau bercuti di Marang dan Kuala Terengganu. Berdekatan dengan jeti ke Pulau Kapas (Bandar Marang). Biasa geng candat sotong pun menginap di rumah tamu ini. Rumah tamu islamik yang menyediakan ruang untuk solat berjemaah, juga menyediakan sepasang telekung, al qur'an, tasbih, al ma'thurat, buku doa harian, surah yaasin, majalah dan buku ilmiah. 
Kemudahan yang disediakan :-
Rumah 1 (RM190)
3 bilik tidur (2 Air-Cond, 3 berkipas ),
2 bilik air,
Ruang tamu yang luas dan selesa,
Ruang parkir kereta berbumbung untuk 1 kereta, tidak berbumbung 3 kereta.
Semua bilik katil double
Tilam, Toto, bantal dan selimut extra disediakan                    
5 helai tuala mandi 
Televisyen (Astro njoi)
Peti sejuk 
Mesin basuh & sabun mencuci
Alatan BBQ
Penyidai kain & penyakut baju,
Pemanas air
Dapur dan peralatan memasak
Pinggan mangkuk dan periuk nasi elektrik
Sejadah dan sepasang telekong solat
Seterika & papan seterika
Gula
Teh Uncang

Barang Jualan di Dapur:-

Air Mineral
Air Kotak
Kopi Radix
Rumah 2 (RM190)
3 bilik tidur (2 Aircond + berkipas, 1 berkipas ) 
3 Katil Double, 1 katil  single
2 Tilam extra, bantal dan selimut 
2 bilik air (1 tandas duduk & 1 cangkumg)
Ruang tamu yang luas dan selesa,
Ruang parkir kereta berbumbung untuk 1 kereta, tidak berbumbung 3 kereta.
Televisyen (Biasa) 
Sterika & papannya 
5 helai tuala  mandi                     
Hanger & penyidai tuala
Dapur , peralatan memasak dan periuk nasi elektrik
Tempat BBQ boleh diambil dari Rumah 1
Pemanas air
Peti ais dan mesin basuh
Sejadah & sepasang telekong solat
Teh boh uncang
Gula.

Dari Rumah Tamu Seri Desa Marang Ke :

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) melalui Bukit Payong 13.4 km

Kuala Terengganu - 19 KM
Kompleks Kraf Noor Arfa (NACC) - Batik 5.6
Nasi Dagang Kak Mah Rusila (Restoran Maidah) 6

Restoran Lempeng Rusila 5.5
Marang (KM)
Pantai Peranginan Kelulut- Medan Selera Kelulut (Keropok Lekor 008, Makanan Laut Celup Tepung, Satar, Otak-otak) 1.5
Jeti Ke Pulau Kapas  1.5

Pantai Peranginan Pulau Kekabu ( Hadapan Hotel Seri Malaysia Marang) -In Sha Allah selamat untuk mandi 1.5
Masjid Rusila 5

Pusat Latihan Bomba dan IBKN Marang  25

UCSI University Kampus Terengganu 5.8
Kolej Multimedia Timur TM (Multimedia University) 6.2
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPN) 1.5
ATM BIMB, BSN, Agro Bank, Bank Rakyat (Bandar Marang) 1.5
ATM CIMB & BSN (Petronas) 1

ATM Bank Islam (Pejabat Majlis Daerah Marang) 1
Check In : 2.00 PM (PETANG) | Check Out : 12.00 PM (TENGAHARI)

*Boleh check-in lebih awal atau check-out lebih lewat jika tiada tempahan sebelum atau selepas penginapan.
Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi:
013-9805940 / 09-6186182
Cikgu Haminah

Gambar Rumah Tamu Seri Desa Marang (Guest House) 1









Gambar Rumah Tamu Seri Desa Marang (Guest House) 2






Lawati kami di Facebook : https://www.facebook.com/seridesamarang